Saturday, March 13, 2010
Sunday, July 19, 2009
Hantu Mini Skirt
Pernah anda mendengar tentang hantu mini skirt? Hantu pun pandai nak bergaya jugak. Yang hantu sorang ni pun suka mengikut peredaran fesyen. Oleh kerana kejadian ini berlaku di sekitar tahun 70 an, di mana fesyen mini skirt dan cermin mata hitam besar (ala Victoria Beckham) menjadi kegilaan wanita ketika itu, hantu ini pun tidak ketinggalan untuk menggayakan fesyen tersebut.. Bosan jugak agaknya kalau pakai baju longgar putih atau telekung saja kot.. Sesekali golongan ini pun teringin nak bergaya jugak..
Sewaktu kisah ini berlaku aku masih kanak-kanak lagi dan cerita ini aku dengar dari orang-orang dewasa yang bercerita sesama mereka. Ceritanya begini:-
Kisah 1
".. Pada suatu malam sebuah bas telah dinaiki oleh seorang perempuan muda yang berpakaian mini skirt dan bercermin mata hitam. Dia memilih tempat duduk di belakang sekali. Pada mulanya ada ramai juga penumpang di dalam bas itu. Biasanya bas awam akan tamat perkhidmatan sekitar pukul 11 malam.
Setelah menurunkan penumpang terakhir, kondakter bas pun mula mengemas dan menutup tingkap-tingkap bas sambil pemandu memandu untuk pulang menuju ke depot bas.
Sewaktu menutup tingkap-tingkap bas itu, kondakter itu ternampak seorang perempuan sedang tidur di tempat duduk belakang sekali. Dia pun terus ke belakang untuk mengejutkannya.
"Cik, bangun cik.. Kita dah habis servis dah ni Cik...".
Berkali-kali di kejutkan perempuan itu, baru lah dia sedar dari tidurnya.
"Cik nak turun kat mana tadi? Servis bas dah habis ni."
Tiba-tiba, seperti dalam keadaan mamai setelah terjaga dari tidur, perempuan itu membuka cermin mata hitamnya sambil memandang tepat pada kondakter bas itu..
Alangkah terkejutnya kondakter bas itu bila terlihat muka perempuan itu.. Kedua-dua matanya kosong dan tidak ada biji mata di dalamnya. Terus kondaktor itu pengsan di situ.
Setelah disedarkan oleh kawannya, kondakter itu telah menceritakan apa yang dilihatnya kepada mereka. Sejak itu bukan saja pemandu-pemandu dan kondakter-kondakter bas yang bertugas malam jadi takut malah orang awam pun agak curiga juga untuk balik lewat malam sebab takut terserempak dengan si hantu fesyen ni.
Kisah 2
Masih lagi tentang hantu yang "Vogue" ini. Kalau tak silap rasanya dia pergi ke Kajang untuk makan sate. Maklumlah Kajang terkenal dengan satenya. Hantu fashionista ni memang ada taste.
Di sebuah kedai makan, kelihatan seorang wanita muda dengan pakaian mini skirt dan cermin mata hitamnya memesan beberapa cucuk sate. Kelihatan beberapa pelanggan lain yang jugak turut sama menikmati sate di gerai itu. Mereka ini datang berkumpulan atau dengan keluarga, tetapi pelanggan yang seksi sorang ni hanya bersendirian. Setelah habis sepinggan sate, dia memesan lagi..
Malam pun semakin larut. Pelanggan-pelanggan beransur pulang sedikit demi sedikit sehingga lah akhirnya hanya tinggal si seksi itu seorang saja. Dia masih lagi sedang makan satenya. Oleh kerana terlalu lama menunggu si penjual sate yang sudah tak sabar untuk pulang ke rumah itu pergi ke meja pelanggan sate terakhir ini.
" Cik, kami dah nak tutup kedai ni.. " katanya.
"Oh dah nak tutup ke? Saya nak order lagi ni." kata pelanggan itu.
" Dah habis dah cik. Tak ada lagi. Nak tutup kedai dah ni." jawab penjual sate tu. Dalam hatinya berkata-kata lah jugak, "perempuan jenis apa la ni agaknya.. Makan ke mentedarah dari tadi sampai kedai nak tutup pun tak tau kenyang-kenyang lagi".
" Kira lah berapa semua ni.." kata pelanggan seksi tu.
Setelah diberitahu harga makanannya, dia pun terus membayar dengan sejumlah wang kertas. Setelah itu dia pun beredar dari situ... Mata penjual itu pun turut mengekori pergerakan pelanggan seksinya itu.. Mana taknya, skirt dah lah pendek. hampir 90 % kakinya yang gebu itu terdedah...
Setelah pelanggan itu beredar beberapa meter, penjual satay itu mengalihkan pandangannya ke arah wang kertas di tangannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapatinya yang ada di dalam tangannya itu adalah daun-daun kering. Entah kenapa mulutnya terus memanggil pelanggan tadi yang sedang berjalan menuju ke arah jalanraya berhampiran.. Dia hendak menuntut haknya.. Duit yang sebenar..
"Cik nanti sekejap cik.." katanya.
Perempuan itu menoleh ke arahnya. Dia pun bergegas ke arah perempuan itu. Dia rasa perempuan itu telah menipunya.
"Ada apa bang? " kata perempuan itu sambil membuka cermin matanya..
Penjual sate itu pun apa lagi, terus terkejut besar apabila terpandang mata perempuan itu yang kosong, gelap tanpa biji mata.. Terus dia pengsan di situ. Bila dia sedar, perempuan itu sudah tidak ada lagi di situ. Daun-daun kering tadi masih ada lagi berhampiran dengannya..
Kisah si hantu mini skirt ini hilang begitu saja. Apa sebenar motifnya tidak lah di ketahui. Mungkin dia sengaja hendak mengusik kaum lelaki agaknya kerana rata-rata mangsanya semua lelaki. Atau mungkin juga dia sebenarnya manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu agaknya.
Untuk episod seterusnya, saya akan menceritakan tentang kisah Hantu Kepala Anjing. Ikuti kisahnya di minggu hadapan..

Sunday, July 5, 2009
Apa kah itu?
Masih lagi kisah sewaktu kecil bersama-sama dengan sepupu-sepupu yang datang bercuti ke rumah saya pada musim cuti sekolah.....
".... Setelah selesai makan malam, kami duduk bersama-sama sambil mendengar cerita, biasanya cerita-cerita seram atau cerita-cerita pelik yang pernah di alami oleh kaum keluarga kami. Rumah kami yang tidak mempunyai bekalan letrik itu hanya diterangi oleh lampu pelita yang samar-samar. Di dinding, bayang-bayang kami bagai sama-sama mendengar cerita-cerita yang diceritakan. Sedang kami leka mendengar cerita, tiba-tiba, aku terasa seperti ada sesuatu yang mencucuk-cucuk di celah-celah lantai rumah. Mulanya aku sangkakan sesungut lipas. Tetapi cucukan itu terasa lebih keras dari sesungut lipas. Bila aku angkat kaki dengan pantas, tiada apa yang kelihatan antara lantai itu. Oleh kerana agak "suspens" waktu itu, aku terus menukar tempat duduk ku ke atas di bucu tikar mengkuang yang agak sempit.."
Sunday, June 28, 2009
Mungkinkah Itu Toyol?
Sekarang ini ramai betul antara kita yang menggemari kisah-kisah seram. Kepercayaan kepada kejadian-kejadian seram dan menakutkan ini seperti sudah kembali semula menular di kalangan masyarakat. Dengan kesempatan ini jugalah, ingin saya paparkan beberapa kisah-kisah yang pernah saya alami sendiri dan saya dengari dari mereka di sekeliling saya..
Untuk kali pertama ini saya ingin bercerita tentang kisah yag berlaku sewaktu saya kanak-kanak dulu..
".. Apabila setiap kali cuti sekolah bermula, sepupu-sepupu dari kampung akan datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama-sama kami sepanjang cuti persekolah tersebut. Pada waktu itu, saya tinggal di Kampung Datuk Keramat. Pada sekitar tahun 60 an dan awal 70 an Kampung Datuk Keramat memang betul-betul sebuah kampung. Di rumah kami tidak ada bekalan letrik. Apabila waktu malam kami gunakan pelita.
Selepas makan malam, biasanya aktiviti kami ialah mendengar cerita dari emak saya atau kami bercerita sesama sendiri. Pada satu malam, selepas selesai makan malam, saya dan sepupu-sepupu yang lain telah bercadang untuk bermain kejar-kejar di dalam rumah kami yang agak kecil itu, dan mempunyai satu bilik tidur saja.
Di dalam bilik tidur itu agak gelap kerana tidak diletakkan pelita. Cahaya yang ada cumalah sedikit cahaya pelita yang agak suram yang datang dari luar bilik. Di dinding bilik menghadap katil, terdapat sebuah kerusi rotan kecil, yang ayah saya letakkan di atas palang di bahagian hadapan basikal sekiranya dia membawa saya bersama apabila menunggang basikal itu. Pada waktu itu, ramai orang menggunakan basikal sebagai kenderaan. Oleh kerana saya sudah agak besar pada waktu itu, kerusi rotan itu tidak digunakan lagi, dan digantung saja di dinding.
Malam itu kami bermain dengan riang sekali, berlumba-lumba berlari keluar masuk bilik dan ketawa terkekeh-kekeh. Sampai di bilik ada yang berkelubung dalam selimut berlakun sebagai hantu dan menakut-nakutkan yang lain. Yang lain pulak berlari sambil menjerit-jerit dan ketawa. Oleh kerana terlalu banyak berlari dan ketawa, saya kepenatan. Banyak kali saya asyik tertinggal di belakang dan saya lah orang yang terakhir sekali keluar dari bilik.
Akhir sekali, saya ingat saya terbaring atas katil dan susah untuk bangun. Sepupu-sepupu yang lain sudah pun keluar dari bilik yang agak suram itu. Saya dah tak berdaya untuk mengejar mereka. Mereka pun mungkin penat berlari. Jadi mereka tidak masuk semula ke bilik. Semua sudah keletihan dan berhenti bermain.
Sewaktu saya sedang hendak bangun dari katil, saya terpandang ke arah kerusi rotan yang tersangkut di dinding bilik. Di dalam kesuraman cahaya pelita dari luar bilik, saya nampak seorang budak yang berkulit hitam dan berkepala botak duduk sambil memerhatikan saya. Kalau tak silap saya, matanya merah. Saya pun tertanya-tanya di dalam hati.. kenapa budak itu boleh ada di situ. Mula-mula saya tidak takut kerana konsep "hantu" belum saya fahami lagi pada ketika itu. Sebelum itu, saya cuma mendengar cerita-cerita hantu tapi tak pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Selepas beberapa saat baru lah saya rasa seram. Saya pun bingkas bangun untuk lari keluar.
Saya sendiri tidak tahu siapakah budak itu, sehinggalah saya mendengar orang bercerita tentang toyol. Gambaran yang diberikan terhadap toyol itu sama seperti budak yang saya lihat duduk di atas kerusi itu. Mungkin kah dia toyol? Mungkin dia hendak ikut kami bermain bersama-sama agaknya.. Tapi tak berani sebab dia tidak seperti kami. Jadi dia cuma melihat saja..
Walau bagaimana pun, saya tidak pernah mengadu atau menceritakan kisah ini kepada sesiapa pun. Mungkin pada masa itu perkara-perkara begitu sukar untuk di percayai oleh orang lain. Jadi saya diamkan saja sebab takut ditertawakan..

Subscribe to:
Posts (Atom)